Articles

PERLEMBAGAAN KELAB SAINS DAN MATEMATIK 2010

In Management on August 20, 2010 by shssamc

PERLEMBAGAAN KELAB SAINS DAN MATEMATIK 2010

SMK SACRED HEART, SIBU

1       Objektif

1.1    Memupuk minat para pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik

1.2    Mencungkil bakat pelajar dalam subjek Sains dan Matematik.

1.3    Mengeratkan hubungan antara ahli kelab dengan AJK.

1.4    Memupuk sifat kepimpinan seseorang pelajar sekiranya dilantik sebagai AJK.

2       Keahlian

2.1    Dibuka kepada semua pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6 aliran sains di

SMK Sacred Heart.

2.2    Ahli-ahli mesti menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan

dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan ini.

3       Guru Penasihat

3.1    Guru penasihat adalah teriri daripada guru sekolah ini.

3.2    Guru penasihat mempunyai kuasa untuk merancang, melaksanakan atau        membatalkan sesuatu akiviti apabila perlu.

3.3    Guru penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama dengan ahli semasa aktiviti dijalankan.

3.4    Guru penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

4       Ahli Jawatankuasa

4.1    Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

4.2    Ahli yang hadir dan ahli tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK.

4.3    Pemilihan AJK secara undian.

4.4    AJK kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

4.5    AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada guru penasihat.

4.6    AJK kelab hendaklah terdiri daripada

Pengerusi

Timbalan Pengerusi

Naib Pengerusi (bilangan mengikut keperluan)

Setiausaha 1

Setiausaha ii

Bendahari 1

Bendahari ii

AJK Kelas (bergantung kepada keperluan)

Juruaudit (2 orang)

5   Kewangan

5.1       Sumber utama kewangan kelab ialah melalui yuran keahlian.

5.2       Kelab boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti yang diadakan.

5.3       Bendahari bertanggungjawab menjaga wang kelab dan berkuasa terhadap semua aktiviti kewangan kelab.

5.4       AJK yang menuntut wang untuk tujuan kelab wajib menghantar resit kepada

Bendahari.

5.5       Sagala perbelanjaan harus mendapatkan persetujuan daripada Pengerusi dan Bendahari.

5.6       Bendahari wajib menghantar laporan kewangan dan akaun kelab kepada Pengerusi dan jurusudit pada setiap akhir bulan untuk disemak.

6   Kehadiran / Penyertaan

6.1       Ahli Kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.

6.2       Kegagalan berbuat demikian tanpa sebab sebanyak 3 kali boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak keahlian kelab.

6.3       Ahli yang tidak hadir kepada aktiviti tetapi mempunyai alas an yang munasabah boleh menukis surat kepada Pengerusi.

7   Aktiviti

7.1       Dijalankan seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.2       Segala pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

7.3       Aktiviti yang akan dijalankan oleh kelab adalah berdasarkan pembelajaran ilmu.

8   Peraturan

8.1       Peraturan sekolah adalah peraturan asas.

8.2       Peraturan khas yang ditetapkan hendak dipatuhi oleh semua ahli.

8.3       Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan hukuman tatatertib.

9   Tindakan Disiplin

9.1       Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi

peraturan yang ditetapkan.

9.2       Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

9.2.1  Amaran lisan.

9.2.2  Amaran bertulis.

9.2.3  Gantung keahlian.

9.2.4  Pecat keahlian.

10   Pindaan Perlembagaan

10.1     Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini adalah sah sehingga ia dipinda.

10.2     Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat ahli jawatankuasa guru penasihat

atau pentadbir sekolah secara bertulis.

10.3     Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahlijawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

10.4     Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh guru.

11   Pembubaran Persatuan

11.1     Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

11.2     Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat

Agung Tergempar.

12   Hal-hal Lain

12.1     Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

12.2     Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti altiviti dengan penuh minat.

12.3     Keselamatan ahli-ahli hendaklah sentiasa terjamin semasa aktiviti dijalankan.

Tandatangan,

Yii                                                   Ik Ling                                              Lee

——————                          ————————                        —————————–

Setiausaha,                             Pengerusi                                      Guru Penasihat

Yii Zhi Hao                             Lee Ik Ing                                    Cikgu Lee Ming Nguk

Kelulusan Penolong Pendaftaran Persatuan / Kelab Sekolah

————————

Pengetua                                 Cop Sekolah:                                Tarikh:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: